Otak Manusia....
Otak Kita..
Kerap kali kita berasa amat kagum dengan pengeluaran komputer yang berkelajuan tinggi dan berteknologi tinggi. Tanpa disedari kita telah lupa bahawa kita juga mempunyai sebuah komputer amat berkuasa yang amat jauh tandingannya dari komputer yang ada sekarang. Otak kita adalah suatu pemberian yang amat hebat yang tiada nilainya. Kemampuan sebenar otak manusia sehingga sekarang tidak dapat diukur. Janganlah apabila kita belajar, kita berkata "tak boleh masuk dah nih... otak aku dah full", kerana kemampuannya amat hebat.
Kuasa Memproses dan Kelajuan..
Kita hanya boleh menganggar kuasa pemprosesan otak kerana tiada cara untuk mengukurnya. Kita bernasib baik kerana dapat memahami susunan neural retina mata kerana ianya secara umum memberi idea untuk mengukur kemampuan otak.
Retina adalah tisu saraf di belakang bola mata yang mengesan cahaya dan menghantar imej ke otak. Saiz retina manusia lebih kurang satu sentimeter persegi dan setengah milimeter tebal. Ianya terdiri daripada 100 juta neuron. Para saintis berpendapat retina menghantar imej ke otak melalui saraf optik.
Secara keseluruhannya, retina memproses lebih kurang 'ten one-million-point' imej sesaat.
Oleh kerana 1500 sentimeter padu otak manusia adalah lebih kurang 100,000 kali lebih besar dari retina, kita boleh mengganggarkan kuasa memproses otak biasa adalah lebih kurang 100 juta MIPS (Million computer Instruction Per Second).
Masih kabur dengan MIPS? Dimasa kini, komputer paling laju ketika ini ialah Pentium IV 3.2 GHz (3200+ MHz) yang memproses 9800 MIPS. Jadi kita memerlukan sebanyak 10,200 processor dengan kelajuan ini. Secara perbandingannya kelajuan memproses otak manusia adalah bersamaan dengan sebuah komputer Pentium berkelajuan 32,640,000 MHz (32,640 GHz).
Memori..
Sehingga sekarang, tiada lagi kes yang menyatakan ketiadaan ruang memori otak atau 'memory overload'. Ini seolah-olah menyatakan bahawa otak kita tidak mempunyai had.
Cara paling baik untuk menganggar kapasiti otak manusia ialah dengan mengira bilangan 'synapses' yang menghubungkan neuron dalam otak. Oleh kerana setiap synapses ini mempunyai keadaan molekular yang berbeza-beza antara satu sama lain, kita menganggarkan setiap satunya mampu menyimpan memori sebesar 1 megabyte. Oleh kerana otak kita mempunyai 100 trillion synapses, kita boleh menganggarkan otak kita mampu menyimpan memori sebanyak 100 trillion megabytes!
Kemampuan..
Otak kita mampu menyelesaikan banyak masalah algoritma dengan dengan skema pengiraan yang berbeza dengan mudah. Ia mampu mengenal imej, mengenal suara percakapan, menafsir satu bahasa ke satu bahasa lain, bermain catur, membuat keputusan dan sebagainya.
Walaupun dikatakan otak kita ini adalah lebih hebat dari super komputer yang ada sekarang, ramai yang masih tidak mempercayainya kerana kemampuan yang berbeza-beza. Ada yang mempertikaikan dengan membezakan kemampuan pengiraan oleh manusia yang dipintas dengan komputer 'low-end' pula.
Ini kerana walaupun otak lebih berkemampuan, ia mempunyai lebih banyak tugas yang perlu dilakukan daripada sebuah komputer.
Pernahkah kita terfikir yang otak bertanggungjawab mengawal fungsi tubuh manusia untuk sepanjang hayat? Pergerakan, pernafasan, koordinasi tubuh dan banyak lagi perkara yang dikawal oleh otak kita. Otak juga boleh melakukan pelbagai aktiviti dalam satu semasa (multi-tasking) seperti menerima imej dari retina, memproses bunyi berkualiti tinggi, menghidu dan merasa pada masa yang sama. Jika perkara ini dilakukan terhadap komputer ia akan menghadapi masalah 'overload'.
Otak kita juga mampu belajar sesuatu yang baru apabila diberikan informasi yang banyak daripada semua derianya dalam waktu yang malar. Sekilas pandang keatas sesuatu benda pun dapat memberikan respon kepada otak kita. Otak kita mampu belajar dari kesilapan (trial and error), daripada pengalaman dan mencipta kaedah baru untuk menghadapi sesuatu situasi. Apabila mempelajari sesuatu yang baru atau menghentikan sesuatu tabiat, otak kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru.
Kawalan Gangguan..
Kemampuan kawalan terhadap gangguan adalah sesuatu yang unik dalam otak kita. Kita boleh mengenal masalah dalam sesuatu perkara, menghentikan satu proses dan menyimpan sesuatu proses itu disambung dimasa hadapan, memulakan proses baru dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila kita memandu kereta, kita mengawal kereta, mendengar radio dan berbincang bersama teman serentak. Dalam waktu yang sama, otak kita juga memproses data, bersedia untuk menghadapi sebarang kecemasan yang mungkin berlaku.
Otak vs komputer..
Otak masih lagi mendahului kemampuan komputer didalam pelbagai sudut. Oleh kerana otak mempunyai lebih banyak komitmen, otak kurang efisien apabila seseorang cuba menggunakannya untuk satu tugas spesifik. Otak lebih kepada 'processor' pelbagai guna jika dibandingkan dengan komputer. Otak kita dianggarkan berkemampuan untuk memproses 100 juta MIPS, tetapi tahap kemampuan yang diguna pakai oleh kebanyakkan manusia hanya sedikit sahaja daripada jumlah yang tersebut.
Oleh itu, kita adalah elok untuk kita supaya menggunakan otak kita sebaik mungkin kerana hasil yang diperolehi dalam sesuatu perkara adalah berdasarkan kepada pengunaannya. Tiada siapa yang akan marah kalau kita menggunakan otak secara berlebihan selagi ianya terkawal.

Comments