Posts

Showing posts from January 23, 2011

TESTING

Ini cubaan update blog terus guna sms

OMG!!!

Image
kenapakah...?? apakah...???? ini semua gara-gara...... v v v v v v v v v v v v v v v v v v v v v v v idea dahsyat puan dokter ketua... v v v v v v alamatnye keluarlah pos baru disini PHLEBOTOMIST sekian terima kasih kepada pelakon saya Pn.Shamal & Pn Erwani.. hehe 

GAMBAR: jalan-jalan ke Sinai.

Image
antara musolla musa dan gereja.. salji2 yang tersisa cantik..!  menawan puncak Jabal Musa  lembut giler salji ni..huhu^^ Malaysia Boleh!!

remaja wanita..sila ambil perhatian

hari ini saya nk bercerita tentang satu penyakit.. ia dipanggil FIBROADENOMA .., korang tau x ape tu..? nk tau.., sila lah google . hehe.. ok..sini saya terangkan,, Fibroadenoma merupakan ketumbuhan pada payudara.., is a noncancerous (benign) breast lump or mass. ia bukan kanser..hanya lah ketumbuhan biasa.. pada umur remaja sekarang..ia dianggap normal., akan tetapi..apa yg akan terjadi jika anda membiarkan nya sahaja..? ia akan membesar dan pada umur 30 tahun keatas..ia menjadi antara salah satu faktor untuk anda menjadi penghidap kanser payudara.. so...apa yang akan terjadi..? sila buat pemeriksaan sendiri jika terdapat ketulan.., sila berjumpa dengan dokter dalam masa terdekat. ada sesetengah dokter akan membuat needle biopsy.. biasanya jika ketumbuhan(cyst) berukuran >3cm jika < 3 cm..dokter akan cek..n terus bagi date untuk buat operation.. Fibroadenoma ini,mempunyai 30% untuk mengecil, 30% membesar,10% hilang secara sendirinya. 30%kekal(size tidak bertambah) ia nya tidak...

Dunia dan wanita berpurdah

Image
      Suatu kisah... Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.      Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.     Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika ...

saya dah..korang dah..?

Image
klik untuk besar punye.. Aktiviti bulanan, setipa pagi selepas gaji dah masuk.. inilah yang saya buat... korang dah bayar...?

KWSP TOLAK 11%

Image
 KWSP DAH TOLAK 11% DARI GAJI BASIC..HUH!!  DAH TUA BARU KAYA..HAHA 

"Wanita bertudung jauh lebih cantik,sopan dan ayu dari yg tak bertudung"

Image
Rasulullah saw pernah bersabda : "Dua kelompok ahli neraka yang belum saya lihat: Satu kaum bersama mereka cemeti-cemeti seperti ekor unta, mereka memukul manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, berjalan melenggok, tidak taat kepada Allah, kepala mereka seperti pundak unta yang condong. Wanita-wanita ini tidak masuk surga dan tidak pula mencium bau surga, padahal baunya surga dapat dihidu sejauh perjalanan sekian sekian". (Hadits Riwayat Imam Muslim)

SEBAB MATA LELAKI GEMAR MELIHAT BADAN WANITA

Image
p/s: bgus tuk peringatan kita....kaum hawa....sila ambil perhatian.....share la dgn yg lain..mayb ada yg pernah bc...tp bc skali lg tuk peringatan kita.... Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya. Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki...

anda yang mana satu

             Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini.Pertama,yang belajar daripada kesilapan sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua, yang belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini boleh dikatakan golongan cerdik dan menikmati kegembiraan dalam hidupnya. Ketiganya pula,yang tidak belajar daripada pengalaman diri sendiri mahupun orang lain;mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.

tahukah anda (I)

Image
            Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.