Sumber : Abang saya yang sedang menuntut di Shoubra. Hari ini dengar ceritanya mereka akan diarahkan berkumpul ke Rumah Negeri mengikut negeri masing-masing, Abang saya Johor, dihantar ke rumah negeri Johor,kemudian,mereka akan dihantar ke Teluk Eden, untuk menaiki kapal TLDM dan akan dibawa keluar dari Mesir. Mereka akan ditempatkan di Jeddah, iaitu di Tabung Haji Jeddah sementara menuggu Pesawat Hercules untuk dibawa pulang ke Malaysia. Ucapan Terima Kasih kepada PM kita yang berurusan untuk membawa masuk pelajar Malaysia ke jeddah tanpa permit( darurat punya pasal ). p/s: teringat pulak time duduk di Padang,Sumatera Barat, abah saya ditugaskan untuk bekerja disana selama 5 tahun,pada tahun kedua disana, berlaku demonstrasi.., kami(golongan ibu,dan kanak-kanak) dihantar pulang menaiki kapal terbang hercules juga,mendarat dilapangan terbang Subang.