Permohonan Bantuan RM500 Mulai 10 Dis.


KUALA LUMPUR – Pendaftaran permohonan bagi mendapatkan bantuan secara `one-off’ sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah boleh dibuat mulai 10 Disember ini.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan memutuskan pendaftaran permohonan bantuan tunai RM500 tersebut bermula daripada tarikh tersebut untuk tempoh satu bulan.
“.Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, pejabat cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta agensi-agensi kerajaan.
“Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan atau Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDN,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Ahmad Husni berkata, pembayaran bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012 dan bantuan itu dijangka memberi manfaat kepada 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.
“Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion,” katanya lagi.
Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini kerajaan mengumumkan untuk memberi bantuan tunai secara `one-off’ sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Bantuan itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

Ganglion.

Esberitox N

SEGMEN : BLOGGER IKUT NEGERI ..