#Quote
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang
tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan
menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat
bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan
tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi
lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia
didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk
menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi
perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.
Comments