✿Resepi Pavlova✿
Yummy.....≤^.^≥
Sedapp......
Inilah aktiviti daku sempena cuti maal hijrah semalam..
dan...daku dah hutang resepi ni lama kat memberku...,
ok...ok..., ni resepi dia.
Bahan A
Bahan A
3 biji putih telur
Setengah cawah gula castor
1 sudu makan tepung jagung
1 tea spoon cuka
1 tea spoon perasa vanilla
Bahan B
Whipping Cream Non-Dairy
(sy guna brand RICH'S, halal)
(sy guna brand RICH'S, halal)
Topping buah-buahan
(sy pilih buah-buahan yang masam untuk kombinasi rasa manis-lemak-masam
(sy pilih buah-buahan yang masam untuk kombinasi rasa manis-lemak-masam
e.g: strawberry, kiwi, roselle)
Cara-caranya:
Pastikan peralatan yang digunakan seperti mixer bowl, dan mixer berada dalam keadaan KERING,  
bebas dari minyak air, habuk etc. 
STEP 1:
Pukul putih telur sampai meringue nak tau dah meringue ke belum, cuba terbalikkan mangkuk tu...dia tak kan terjatuh...
| credit to Mr.Google | 
then masukkan gula,
 pukul lagi,
 masukkan tepung jagung,
 pukul lagi, 
masukkan vanilla n cuka,
dan
 pukul lagi. 
kesian asik kena pukul jer.... ;p
sambil pukul2 tu tadi..., panaskan oven dalam suhu 100-120 darjah celcius..
lepas dah siap pukul, masukkan adunan meringue tu dalam piping bag.
alaskan loyang dengan paper cake. 
dan buatlah bentuk yang korang suka dan bakar.  ≧=ʘ‿ʘ=≦ 
bakar selama 1 jam 30minit ye..
dah siap masak tu, 
jangan terus keluarkan, 
renggangkan pintu oven 
tunggu sejuk 
dan
baru keluarkan.
STEP 2:
gunakan mangkuk stainless steel.
masukkan 20% whipping cream non dairy dari size asal mangkuk
then pukul sampai kembang. 
dah. siap...
bila dah masak meringue tu..., 
top-up kan la whipping cream ni atas meringue korang.., 
and 
susun buah-buahan masam tadi tu comel-comel..ok. 
sebelum mula cari bahan nak buat pavlova ni...
korang baca dulu info ni., PENTING.
perbezaan whipping cream dairy dan non-dairy
perbezaan whipping cream dairy dan non-dairy
whipping cream ni kena beli kat kedai jual barang-barang bakery tau, 
bukan yang jual kt pasaraya, 
SEBAB
yang kat pasaraya tu mostly adalah dairy whipping cream. 
| this is my first try Pavlova. | 
 
 
Comments