Keluar Duit Tabung Haji guna Kad ATM.

Assalamualaikum Readers!

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak online blog setelah beberapa kurun tak update.

So, hari ni nak share tentang, 

Macamana nak Keluarkan Duit kt Tabung Haji guna Kad ATM
First of all, anda mestilah mempunyai akaun Tabung Haji(TH) dahulu ye, kalau tak de sila buat sekarang. 

Fyi, anda boleh lakukan cara ini jika anda mempunyai salah satu daripada akaun Bank Islam, Bank Rakyat, atau pun Maybank

Apa yang harus ada dengan anda ketika pendaftaran di ATM?
  • No Akaun TH
  • No Siri buku TH
  • No IC anak(jika pendaftaran dilakukan bagi akaun anak)
senang citer bawa je buku akaun TH.

So macam sis, daftar kt Maybank.

  1. Pergi kt ATM masukkan Kad ATM macam biasa, dan pada anatarmuka (interface) depan, pilih Tabung Haji. 
  2. Klik pada daftar , jika anda ingin masukkan akaun anak, anda perlu lah terlebih dahulu daftar akaun anda. Masukkan  no akaun TH anda, dan klik seterusnya, dia akan mita no siri buku akaun TH, masukkan dan tekan seterusnya. Pada mukake-3, anda perlulah menyemak samada no akaun dan no siri buku akaun anda betul, dan tiada ralat. 
  3. Setelah siap daftar akaun anda, maka anda bolehlah daftar akaun untuk anak anda, sama step seperti item no2, tetapi untuk akaun anak, anda perlukan no IC anak.
  4. Siap!
Apa kelebihan jika dah daftar kt ATM?
Anda boleh lakukan transaksi/pemindahan masuk dan keluar wang hanya dihujung jari melalui aplikasi Maybank MY tanpa perlu berbaris dan menunggu giliran di TH.
Tapi, bila dah mudah macam ni.., gunakan kebaikan.., minyampan di TH. Jangan asik keluarkan duit je keje, makin cetek simpanan nanti.
Ok, Sampai sini je. Bye.   


 

Comments

Anonymous said…
PERSOALAN
Apa akan jadi jika seseorang dapat akses info no. akaun dan no. buku TH kita dan dia buat link akaun TH kita dengan kad banknya di mesen autoteller.
Anonymous said…
Great article! We will be linking to this great content on our website.
Keep up the great writing.
syazwina said…
Mcm mne nak kluarkan duit tabung haji sbb harituh sy kluarkan kt ATM bank rakyat dia tendang kad balik

Popular posts from this blog

Ganglion.

Esberitox N

SEGMEN : BLOGGER IKUT NEGERI ..