Philip Meehan, 42, dari West Sussex, Selatan England menghidap penyakit leukemia dan memerlukan pembedahan pemindahan sumsum tulang dengan segera. Oleh kerana Meehan merupakan anak tunggal, dia tidak mempunyai kesesuaian darah di kalangan ahli keluarga untuk membantunya. Pada masa yang sama, dia mengambil inisiatif mencari penderma melalui Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) dan Anthony Nolan Trust selama enam bulan. Namun, usaha itu gagal. "Keadaan menjadi kelam-kabut kerana saya perlu menjalani pemindahan sumsum tulang. Dalam kebingungan itulah, pihak hospital memberitahu saya mengenai satu perkara baru iaitu rawatan daripada darah tali pusat," katanya. Kebetulan satu tali pusat ditemui dan ia sepadan dengan darah Meehan, walaupun harapannya tipis tetapi itu adalah satu-satunya penyelesaian buat kelangsungan hayat Meehan. "Saya begitu bertuah dan bersyukur kerana seorang ibu dan bayi yang tidak dikenali telah menyelamatkan nyawa saya. Setiap hari saya akan memi...