Posts

Siapa kata air susu ibu warna emas?

Image
Sekadar untuk memBETULkan kenyataan mereka yang mengatakan: -Air Susu Ibu berwarna emas jika dilihat dibawah mikroskop.  Sedikit sampel air susu ibu diambil.  Sampel diletakkan dibawah mikroskop dengan kanta 40x.  (mikroskop Olympus CH20)  Sampel dibawah mikroskop Olympus CH20 yang telah ditukarkan pencahayaan menggunakan LED Light from other devices. Bulat-bulat itu merupakan globul minyak didalam Air Susu Ibu. Berubahkan warna dia? Sumber Agaknya kalau guna mentol warna hijau, mesti ada yang cakap air susu ibu ada spirulina kot? Lulz Pengkaji Bebas, Juruteknologi Makmal Perubatan, Universiti Awam. 

Panduan tempahan photobook

Image
Salam Alaik,  Merujuk post sebelum ni, photobook ni adalah penzahiran kepada gambar-gambar digital yang telah kita capture sebagai kenangan terindah.  So hari ni saya rasa terajin pula nak ajar cara-cara. Ye la hari tu saya baru je buat, ramai pulak yang tanya.  Ok firstly, cari dulu kat Groupon , promosi photobook. Kalau ada rezeki korang, boleh dapat pada harga RM0.00! Saya pernah dapat RM6.  Untuk gambar ni, promosi dah habis pun... setiap promosi ada tarikh yang telah ditetapkan untuk redemption. Kadang-kadang sampai 8 bulan. Macam baru-baru ni sy dah plan nak holiday bulan 3, dalam bulan januari dah beli dulu kupon pada harga RM6!  Ok lepas dah beli kupon tu, korang buka laman web photobook , dan sign up sebagai ahli dulu. free je pun! Lepas tu boleh aktikan kupon ni. Isi je data yang dia nak mcm gambar kt atas ni.  Dah dapt gambar yang korang nak abadikan kedalam bentuk buku tu, boleh la mulakan proje...

Esberitox N

Image
Alkisah semalam balik kerja terus flat. Terbaring. Gigihkan diri ambil termometer untuk cek suhu.  Teeett  37.9•c  Demam No wonder la kepala tasa berat, sakit tekak, badan sakit-sakit.  Terus pergi ke dapur ambil 2 biji Pil Esberitox. Hisap. Lepas tu baring jap.  Rasa macam dah ok sikit, bangun masak lauk untuk dinner. Mandi. Sembahyang maghrib. Husband balik keje, dinner sama-sama, husband pergi kerja semula. Solat isya', telan lagi 2 biji Esberitox, sambung tidur. Bangun pagi, alhamdulillah. Dah sihat!  Ingat, yang memberi ujian sakit dan sihat tu Allah swt, yang menyembuhkan juga Allah, melalui perantaraan usaha kita. eg, Esberitox. 

Personalised Photo Book from RM6!!

Image
Salam Alaik,  Hi Reader/s Tak nak cakap banyak-banyak, yang penting sekarang GROUPON tengah buat sale!! Photo Book discount 94%baq ang!! Kalau dulu ambil gambar guna filem,  lepas tu nak view gambar tu nak tak nak kena la cuci kan... bila dah cuci kena la susun dalam album.  tapi tu dulu, dulu okay.  Sekarang semua digital, bila memory card dah penuh, pindah kt PC,  lepas tu kepam lama-lama, sudah! tak de album.  bila nk tunjuk kt anak cucu nanti xde album.  nah, klik kat sini. PHOTO BOOK MALAYSIA PERHATIAN! Online redemption period strictly between Jan 28, 2015 – Jul 28, 2015.

Viral Fever, satu keluarga demam.

Image
1/3/15 salam.  berkenaan tajuk, ye, sekarang satu keluarga tengah demam panas.  on &off. sekali demam, temp sampai 40.2, 39.7, aku sendiri tak tau, dari mana dapat jangkitan virus ni.  kenap aku ckp ni viral fever? sebab bacaan platlet, hematokrit is normal. suhu pula tinggi mendadak. ya mungkin ada kaitan dengan perubahan cuaca yang mendadak, tapi sampai cepat sangat merebak, tak sampai 3 hari, semua demam.  semalam lepas maghrib aku balik dengan adik aku, meninggalkan pasangan masing2 dirumah, dan mengambil alih tugas Umie ku menjaga adik aku kt ward ni. Umie pun dah panas sangat demam. sampai pk 12 malam, aku tinggal kt ward, adik aku bawa balik umi & adik jia (dua-dua demam) balik rumah.  harap kami berdua kekal sihat, dan kuat! oh ye, untuk super mama, kembar aku juga, dia baru baik demam tu, harap terus kuat.  Ya Allah, aku memohon supaya Abah, Umie, Adik Jia, Adik Qasya, Abg Ipar Pejal,diberi kesihatan secepatnya. Aamiinnn...

#bloggertalk: kawan di media sosial

Image
tertarik dengan tajuk #bloggertalk ni, sebab lama dah simpan, sekarang nak luahkan perasaan pasal kawan di media sosial.  jujur aku katakan aku tidak mempunyai bff sehidup semati, tapi aku ada sahabat dari dalam perut yang cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit. kawan di media sosial pun, ramai dari kalangan rakan sekerja, satu kolej, satu sekolah, blogger dan keluarga. so nak dijadikan cerita, adalah sorang akak ni add aku kt media sosial terkenal, Facebook. aku sendiri tak tau macamana dia boleh jumpa fb aku, sedangkan dia tak tau nama sebenar aku, ( sebab masa berkenalan dgn dia kt luar, aku bg nama kampung je) dan dia bukan dari golongan yang aku nyatakan diatas. jujur lagi aku katakan, aku tak berapa berkenan dengan akak tu, kenapa? kau bayangkan,  >kau up gambar penuh ,dah tulis caption berjalan bersama suami (contohnya) menghabiskan hujung minggu di alamanda (contohnya). dia komen tanya, eh, kt mana ni? jalan dengan siapa  tu? 😭 >kau up status, mak ayah de...

[Gambar] Awan

Image
Awan seolah-olah bersedia menjadi model untuk setiap memori yang akan tersimpan didalam ingatan yang dizahirkan dalam bentuk gambar.  Disebalik awan yang berat mengandungi air, yang menanti masa samada turun atau tidak, terlihat sinaran matahari yang bersinar. Begitu juga dengan kehidupan, yang penuh dengan masalah,ujian dan nanti disetiap pengakhiran masalah dan ujian yang datang itu, pasti akan datang kegembiraan. Hanya masa yang menentukan. Perancangan Allah itu hebat, kita sebagai hambaNya, hanya mampu merancang.  Semoga setiap apa yang berlaku menjadi pengajaran hidup, dan menjadikan aku lebih matang dalam melalui liku hidup. Terngiang-ngiang pula lagu Dewa-Roman Picisan, "aku berdansa dihujung gelisah, diiringi syahdu, lembut lakumu"