Posts

Showing posts from December 2, 2007

Otak Manusia....

Otak Kita.. Kerap kali kita berasa amat kagum dengan pengeluaran komputer yang berkelajuan tinggi dan berteknologi tinggi. Tanpa disedari kita telah lupa bahawa kita juga mempunyai sebuah komputer amat berkuasa yang amat jauh tandingannya dari komputer yang ada sekarang. Otak kita adalah suatu pemberian yang amat hebat yang tiada nilainya. Kemampuan sebenar otak manusia sehingga sekarang tidak dapat diukur. Janganlah apabila kita belajar, kita berkata "tak boleh masuk dah nih... otak aku dah full", kerana kemampuannya amat hebat. Kuasa Memproses dan Kelajuan.. Kita hanya boleh menganggar kuasa pemprosesan otak kerana tiada cara untuk mengukurnya. Kita bernasib baik kerana dapat memahami susunan neural retina mata kerana ianya secara umum memberi idea untuk mengukur kemampuan otak. Retina adalah tisu saraf di belakang bola mata yang mengesan cahaya dan menghantar imej ke otak. Saiz retina manusia lebih kurang satu sentimeter persegi dan setengah milimeter tebal. Ianya terdiri