Posts

Showing posts from November 20, 2011

#Quote

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang   tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan  menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya,  tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat  bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah ta pi dia punya kekuatan  tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi  lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia  didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk  menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi  perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.

Fenomena Akhir 1432H

Image
. Tiada kata yang mampu terucap..melainkan  Subhanallah...~~

Penyanyi, Penulis Lirik Zee Avi Pulang Ke Kuching

Image
KUCHING – Penyanyi dan penulis lirik kelahiran Sarawak Zee Avi, salah seorang rekording artis Malaysia yang paling berjaya di luar negara baru-baru ini, kembali ke kampung halaman, Kuching sebagai sebahagian daripada jelajah konsertnya. Zee, 25, akan membuat persembahan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di Petra Jaya di sini Sabtu ini sempena dengan keluaran album sophomore, “Ghostbird”, yang memaparkan kematangan muzik dan keselesaan beliau sebagai seorang artis yang unggul. Zee mula menulis lirik Ghostbird atau “Burung Hantu” dalam bahasa Malaysia di dapur rumahnya, Brooklyn pada musim panas lepas, ini diteruskan balmy waters di Florida Evergladess. Tiket berharga RM78 (dijual awal), RM98 (di pintu masuk), RM158 (perdana) boleh diperoleh menerusi www.airasiaredtix.com.or www.livescape.asia – BERNAMA antara lagu zee avi yang saya minat giler2..~ just you and me..<3

Dataran Tahrir mula berdarah.

Image
KAHERAH - Kekacauan di Mesir bertambah buruk selepas sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh setakat semalam semasa pasukan keselamatan cuba menyuraikan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir di sini. Perkembangan itu mencetuskan kesangsian berhubung pilihan raya pertama Mesir yang bakal diadakan selepas kejatuhan Presiden Hosni Mubarak. Polis dan tentera menggunakan belantan, gas pemedih mata dan peluru penabur untuk mengosongkan dataran berkenaan yang menjadi lokasi perhimpunan ribuan penunjuk perasaan menuntut junta tentera Mesir mengembalikan kuasa kepada pemerintahan awam. Kekacauan kelmarin menyusul selepas beribu-ribu orang berhimpun di dataran berkenaan pada Jumaat lalu. "Seramai 22 orang maut dalam keganasan di Dataran Tahrir dan beberapa wilayah lain," kata seorang pegawai Kementerian Kesihatan Mesir yang dipetik oleh agensi berita MENA. Kementerian sama turut memberitahu, lebih 324 orang cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan. Terda

DOA MUDAH BERSALIN DAN KESEJAHTERAAN ANAK DALAM KANDUNGAN

DOA MUDAH BERSALIN DAN KESEJAHTERAAN ANAK DALAM KANDUNGAN اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ وَاشْفِهِ وَأنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا. اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ. اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا. اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً. اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خَلْقَهُ وَأفْصِحْ لِسَانَهُ وَأحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ . وَالْحَمْدُلِهِرَ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ. Ya Allah , peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah , Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul