Posts

Showing posts from July 8, 2012

Perginya seorang sahabat Ahli Huffaz..

Image
Salam Jumaat..., kepada yang membaca catatan ini,  mari kita sama-sama kirimkan Al-Fatihah buat sahabat saya, Abdul Khafiz bin Mohd Norok Al-Hafiz.   Semoga   arwah   tergolong   dikalangan   para   penghuni   syurga dan   mendapat   syafaat  al-Quran  di   akhirat   kelak Hari Kesedihan bagi Mahasiswa Shoubra Gambar arwah(memakai coat) bersama abang saya Apa kaitan arwah dengan saya..? Beliau merupakan sahabat baik abang saya, dan rajin ke rumah kami, juga rapat dengan keluarga saya. ada satu kenangan manis,  waktu itu, Umie saya dihospital menunggu hati due untuk melahirkan adik kami yang bungsu yang kini sudah berumur 4 tahun InsyaAllah.., Abah saya ketika itu menjaga Umie saya dihospital,  kami tiada kenderaan untuk ke hospital, arwah meminjam kereta kakak beliau dan menghantar kami ke hospital..arwah juga seorang yang sangat tidak berkira.., tidak tertulis kebaikan beliau yang sangat banyak... Terlalu awal rasanya beliau pergi meninggalka