Posts

Showing posts from February 15, 2015

[Gambar] Awan

Image
Awan seolah-olah bersedia menjadi model untuk setiap memori yang akan tersimpan didalam ingatan yang dizahirkan dalam bentuk gambar. 

Disebalik awan yang berat mengandungi air, yang menanti masa samada turun atau tidak, terlihat sinaran matahari yang bersinar. Begitu juga dengan kehidupan, yang penuh dengan masalah,ujian dan nanti disetiap pengakhiran masalah dan ujian yang datang itu, pasti akan datang kegembiraan. Hanya masa yang menentukan. Perancangan Allah itu hebat, kita sebagai hambaNya, hanya mampu merancang. 

Semoga setiap apa yang berlaku menjadi pengajaran hidup, dan menjadikan aku lebih matang dalam melalui liku hidup.

Terngiang-ngiang pula lagu Dewa-Roman Picisan, "aku berdansa dihujung gelisah, diiringi syahdu, lembut lakumu"