VVIP

Ganglion.


Bismillah,

Biasanya selalu kita dengar cerita, pengalaman bersalin anak pertama, pengalaman bersalin anak kembar, dll..., kali ni...sy nk cerita lain dari yang lain,.pengalaman menjalani pembedahan pembuangan ganglion.

sebelum mulakan cerita, mesti ada yang tertanya tanya, apa itu ganglion. ok, sila rujuk rajah dibawah. 




Definisi  
Ganlion ini didefinisinkan sebagai satu penyakit yang disebabkan oleh kebocoran pada pembungkus cecair pada sendi. cecair ini sebenarnya berfungsi melumurkan sendi supaya tidak merosakkan tulang rawan bila berlaku pergerakan pada sendi. Cecair ini kemudian akan membentuk gelembung seperti benjolan yang menolak kulit sehingga ternampaklah di permukaan kulit (ok, ni hasil carian di google)

definisi yang diterangkan oleh doktor pakar dari Hospital Putrajaya pula..., ganglion ni.., berlaku mungkin disebabkan trauma, atau pernah cedera dikawasan tersebut sehingga menyebabkan ganglion ni.., lebih kurang sama la kan..tp ganglion ni boleh tumbuh / muncul kt mana2 tempat yang dia nak..contohnya kt lengan tangan.., siku, dan paling common sekali kt pergelangan tangan. 

Macam saya sendiri, saya kena kt pergelangan tangan..(sebab tu aya boleh cerita pasal ganglion ni..hehe)

ok, habis bab definisi. masuk bab nak bercerita. hee

macamana saya boleh kena?
tak tau la...cmana ntah.., tapi dulu sebelum kahwin...dah ada dah benda tu..tp tak sakit, tak menganggu, so takde la amek endah sgt la kan.., pastu tup tup..dia hilang sendiri..agaknya sebab tangan kiri saya ni jenis tak duduk diam..asik nk menggodek benda tu je kan..., 

nak dijadikan cerita...sebelum bulan puasa hari tu dia muncul balik..., tempat yang sama..pergelangan tangan belah kanan. mula-mula tu tak la sakit sangat. so..bila lepas raya..agaknya masa raya aktif sangat.., SAKIT...., nak gerakkan tangan one degree ke atas or ke bawah pon punya lah sakit..., last-last husband suruh bandage je tangan tu..., 

esok pagi, jumpa doktor kt tempat keje ni.., PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI, UPM, doktor bagi surat reffer, saya minta buat ke HOSPITAL PUTRAJAYA, bahagian orthopedik.
cepat, pantas..., dalam masa sebulan lebih je..dah dpt tarikh pembedahan. 



warded daycare. maksudnya, masuk pagi, buat pembedahan, pastu petang balik. 
jenis bius, sy mintak local bius je..,sebab bila bius satu badan..semua organ salam badan berhenti berfungsi sekejap. nak ke..? padahal nk buang benda tu kt pergelangan tangan je..., so x pyh la ngengada nak ambil bius satu badan. 

masa nak masuk Operation Theatre(OT) , ko jalan kaki je dari daycare ward tu. pastu dia suruh baring kt katil, then dorg sorong la ko ke OT, sampai sana, nanti doktor akan pasang ECG, Bleeding Stopper, pastu baru la start bius. 

nama pon bius local kan...sakit la sikit.., lepas dari tu..tak sakit dah..serius..sampai da siap jahit..lepas siap bedah pon..., memang tak sakit pon tempat jahit tu.. cuma akan nampak la jari tu bengkak sikit.., sebab kesan dari luka pembedahan tu kekdahnya...


tapi jangan risau.., sepanjang pembedahan tu..boleh berbual dengan doktor.., tanya lah apa yg ko nak tanya..


lepas buka bandage...ramai tanya..kenapa tak gam je..? kenapa jahit. ok..jawapan dia.., sebab, bila gam.., pergelangan tangan kita tak terlepas utk bergerak.., bayangkan bila tengah tido..sekali ko terbengkokkan tangan tu.., bentuk huruf L ke..., tak ke terbuka nanti? haa..,sebab tu la dia tak gam, dan tak pakai benang yang boleh hadam sendiri..


ni la dia ganglion yang selamat dikeluarkan..., alhamdulillah..., dah tak sakit lagi tangan.., cuma post-operation ni..kena rajin buat fisioterapi sendiri la kat rumah...contohnya genggam bola yang lembut tu.., pasang butang baju..gerakkan tangan atas bawah.., sampai la ok. 

 ha.., btw, korang akan diberi MC seminggu, 3 hari lepas operation, kena buat wound inspection kt mana-mana klinik,cukup 10 hari, benang akan dibuka.

post ini dibuat sebab dulu sebelum buat operation puas mengoogle pengalaman pembedahan pembuangan ganglion..tapi tak jumpa., so bg mereka yang sama nasib seperti saya, mungkin cerita ni boleh jadi rujukan pd korg. :)

22 comments:

Rawiyatul Husna said...

Nk tnya hospital putrajaya tu privatenya ke or governmnt punya? Bpe jam pembedahan tu?

Izzatussofia Baharudin said...

Hospital Putrajaya ni government. Pembedahan tu tak sampai 1 jam pon. sekejap je. tp nanti dia bg duduk rehat dulu kt day care ward. tp mcm sy hr tu dpt turn yg last, and buat hari sabtu, so day care nya buka half day je. siap buat tu dlm pk11.45... pk 12 .30 terus balil.

Rawiyatul Husna said...

Owww... Sy bru smlm bt operate kt columbia asia.. Sy duk ward ni..

Rawiyatul Husna said...

Brapa payment kena

Anonymous said...

Masa nak bukak jahitan tu dokter bagi bius tak?

Izzatussofia Baharudin said...

Rawiyatul Husna : saya kakitangan kerajaan. Guna GL.
Biasa kalau pergi private memang dia suruh warded...
Kalau spital gomen daycare je..

Izzatussofia Baharudin said...

Anon: Tak bagi bius pon.., ngilu sikit je..

Hafiy kiram said...

Berapa kos pembedahan ni?

najihah nazri said...

Salam sis..
Info adik tu sgt2 bermanfaat pd akak. Akak pun baru ada benjolan tu pd pergelangan tangan kiri. Bila renyah2 sikit tangan akan rasa kebas2. Tp xsakit. Cuma mata sskali xsedap tgok la benjol kt tangan, kan?
Akak nak tnya adik prosedur adik buat rawatan. Akak ni pn kerja gomen. Nak tau dr adik melalui pengalaman adik. Kalau boleh akak nak buat dgn hospital kerajaan aje.. t.q

syafiqah ashikin said...

Nape bengkak tgn eh pas bedah? Rase tegang..normal ke?

Izzatussofia Baharudin said...
This comment has been removed by the author.
Izzatussofia Baharudin said...

waalaikumsalam,

biasanya kalau kecik lagi.. doktor akan suggest untuk tak buat operation. sebab kadang-kadang dia boleh hilang sendiri. melainkan besar dan menyakitkan.

prosedurnya, akak kena pergi mana-mana klinik untuk mintak doktor rujuk ke jabatan ortopedik. then akak follow appoinment dalam 2-3 kali appoinment untuk penetapan tarikh pembedahan. Akak kena sediakan 2 GL, satu untuk appoinment kt jabatan ortopedik, satu lg guna masa pembedahan.

Izzatussofia Baharudin said...

normal. sebab tu kesan daripada ubat bius. kena rajin-rajinkan buat exersize tangan, genggam bola yg lembut atau pun cuba pasang butang baju.

Rawiyatul Husna said...

Slm sis.. Nak tnya.. Sis lepas surgery tu kn.. After 6 months kn.. Pergelangan sis yg dibedah tu bleh bend pergelangan tgn sepenuhnya x? Ada rasa still sakit ke nk bengkok.. Siku jdi cepat lenguh dn sakit ke?

Izzatussofia Baharudin said...

waalaikumsalam. Alhamdulillah okay. boleh je.. rasa sakit pun hilang. siku tak de rasa lenguh dan sakit. cumanya..., dia tumbuh balik. T.T da buruk tangan. dah la ada scar keloid, lepas tu benjolan tu ada semula.

Atikah eyka said...

Salam. Nk share pngalaman jgk.. de ganglion cyst jgk dkt prgelangan tgn da operate bln 12 taon lps.. skt2 tu still ade lg. Cmenye jd paru timbul. Then skrg cuba sapu dermatix.. agk2 kn blh ilang x? Pttnye kne sapu awl2 ni da 5 bln risau xleh ilang. Bkn ape.. sbb nmpk buruk. Heee

Atikah eyka said...
This comment has been removed by the author.
Izzatussofia Baharudin said...

waalaikumsalam. sy sapu juga dermatix, tp nampak tak ada perubahan, so hilanglah kerajinan untuk sapu dermatix tu..

Norhafizah Hasan said...

Assalam sis..kt pergelangan sy bru perasan tumbuh..ni dari semalam sakit berdenyut2..xla besar sgt,kecik je mcm kepala jarum peniti tu

Izzatussofia Baharudin said...

Norhafizah Hassan: Mungkin tu permulaan nak jadi ganglion, sakit berdenyut2 tu sebab dia menekan saraf kita. cuba sis jumpa doktor, mungkin dia akan bagi ubat utk relief pain.

iN said...

Salam sis..
Sy pun ada ganglion tp kt kaki..tu google2 sb dah dekat sebulan after pergi klinik doc bg ubat sapu macam x surut2 pulak..
Nk tanya la sis ade gatal2 tak kt area ganglion tu..sy x sakit.cuma gatal xtahan mesti nk garu.
Hr tu doc ckp leh surut sendiri..tp ni lama sangat..nk kena operate ke?huhu

Izzatussofia Baharudin said...

Waalaikumsalam sis,
sometimes gatal jugak. tp tak la teruk sgt.
sebelum buat keputusan nk buang ganglion tu.., kena tau, risiko untuk ganglion tumbuh lagi tu tinggi. sis dulu buang pun sebab sakit. and now, ganglion tumbuh lagi.., scar pon dpt.
saranan sis ialah, kalau rasa ia manyakitkan dan menganggu pergerakan, buat la pembedahan.