Home Made Cheese Cake.



Bahan-bahan:

Bahan A (wajib buat dulu)
100g biskut marie yg dihancurkan/blend
80g salted butter(dicairkan)

Bahan B
250g Cream cheese
100g butter
100ml susu segar
6 biji kuning telur
1 sudu teh Vanilla Esen

Bahan C
6 biji putih telur
120g gula

Bahan lain yang perlu diayak;
20g tepung jagung
60g tepung gandum


PANASKAN OVEN PADA SUHU 160 DARJAH

LET'S START!
nak pakai cream cheese macam mana..??
 ha..amek yg ni pon ok..
250g ye..

cara-caranya:

  1. Sapu loyang dengan butter, then lekatkan dengan kertas yg buat kuih tu.. 
  2. Siapkan bahan A.
    Then, Salted butter yg dah dicairkan tu, gaul rata dengan biskut marie yang dihancurkan tu.., kemudian ratakan campuran bahan A pada dasar permukaan loyang..rata tau..., then, masukkan dalam peti sejuk, biarkan. ok..kita g buat yang lain pulak.

NEXT STEP

  1. Campurkan bahan B dalam satu mangkuk kecuali kuning telur, panaskan secara double boiled, macam gmbr kt atas ni..kacau sampai cair..then sejukkan pon secara double boiled gak, tpi air nye jgn la korg panaskan.., pakai air biasa je..., bila dah sejuk, masukkan 6 biji kuning telur..kacau rata ye.. OK.
NEXT..

  1. Kita buat pulak bahan C, pukul putih telur dgn gula pasir sampai kembang..,
  2. Masukkan bahan B yang dah turun ke suhu bilik tu dlm bahan C
  3. Letak Vanilla Esen 1 sudu teh.  
  4. Masukkan bahan yang diayak tadi tu.., kacau rata..
  5. Masukkan dalam loyang t=tadi yang kita dah ratakan dengan bahan A.., kemudian masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 160 darjah selama 1 jam. Perlu diingatkan disini, BAKAR SECARA DOUBLE BOILED ye..
selepas 1 jam
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

YEAY..!! DAH SIAP..!!

Resepi ini telah diuji didapur Ummie secara eksklusifnya oleh
 Chef Izzatul Aqmal, dan dibantu oleh Bamad's Daughter, dan ianya berjaya dan telah habis dimakan oleh tetamu khas kami dirumah. 

~sekian~
~selamat mencuba~
[^_^]v
kalau jadi bagi tahu ye..



Comments

Popular posts from this blog

Ganglion.

Esberitox N

SEGMEN : BLOGGER IKUT NEGERI ..