Berbekam [sunnah yang ditinggalkan]

Salam Alaik Readers.

Alhamdulillah,
Hari ini da genap seminggu saya berbekam.

Kesannya?

Alhamdulillah,sebelum berbekam ni selalu sangat saya kena sakit kepala melampau /migrain. Boleh dikatakan tiap hari la. Balik keje je trus makan ubat,tidur. Kadang-kadang tu,siap jumpa doktor, mintk ubat, dan off. Aboss pon da naik paham,nampak muka saya macam da lain mcm je,aboss suruh rehat 

Sekarang,

Rasa bebas dari sakit kepala and boleh buang dah ubat ubat yang melambak kt rumah tu . Hihi Alhamdulillah sangat. :-) 

Ok, mesti ramai nk tau prosedur dia macamana kan.

Macam saya bekam untuk migrain,biasanya bekam kt atas kepala, dahi,dan pipi. Oleh kerana bekam Umie saya yang buatkan, so saya request bekam kt atas kepala sahaja.

Mula-mula,kena la potong rambut kt kawasan target nk bekam tu,lepas tu cukur rambur kt tempat yang dah potong pendek rambut tu. Tujuannye,kalau tak cukur licin,bila dah pasang cup tu nanti rasa mcm asik nk tertanggal je . Sbb tu la kena cukur licin.

Ala,jangan la risau rambut tu tak tumbuh ke, lagu subur rambut tu tumbuh nanti tau .

Ok next, bila da cukur, mula la bekam. Cup first, bekam angin dulu . Fuh! Terasa darah naik kt kepala  serius! Dlm 2/3minit, cup tu dibuka, lepas tu kulit kepala kita akan dicucuk dengan jarum halus. Tak dalam mana pon. Sakit tak? Time tu da tak rasa, sebab macam da kebas bila buat bekam angin.

Bila da cucuk, bekam semula. Step ini akan diulang sehingga 7x . Kenapa sampai 7x ? Abah saya kata ikut sunnah . Bekam satu tempat tu 7x kalau darah dan angin banyak. Kalau buat ditempat biasa mcm belakang badan,kaki,pipi,dsb.., buat sampai darah tak keluar atau pun sampai plasma keluar. 

Dah. Sattle. Tu je. Lepas bekam biasanya akan disunatkan untuk mandi . Untuk segarkan badan.

Terima Kasih Ummie sebab tolong bekamkan kepala anakmu ini . Serius...ringan rasa kepala ni.

Kepada sesiapa yang nak buat bekam tu..kalau mcm saya,saya beli siap2 bekas bekam tu . Untuk kegunaan saya dan suami sahaja. So rasa save la, tak bercampur dgn orang lain. Memang la dorang akan steril kan semula cup cup bekam tu, jarum di tukar, tapi sbab ala murah je pon set bekam tu,tak mahal pon..so beli je la... :-)

Selamat berbekam :)


Gambar sekadar hiasan. 

Ini rasanya mcm baru cup 1st or 2nd, darah tak banyak lagi keluar. 

Comments

Popular posts from this blog

Ganglion.

Esberitox N

SEGMEN : BLOGGER IKUT NEGERI ..