Apa akan jadi jika hidup tanpa internet?

Tadi masa lunch, berbual dengan LabMates .
Topik : [Tajuk Entry ini]

Membayangkan hidup tanpa internet, maka terputuslah hubungan dengan dunia maya tanpa sempadan.

Pernah tengok iklah Hari Raya dari Maxis 2013 ? Sepupu dia datang / balik kampung. Dia pon tutup router internet dengan songkok. Bila sepupu dia datang tanya, ada Wi-fi tak? Slumber je dia jawab, tak de. Mula-mula tu sepupu dia sibuk main game kat iPad dia. Mak sepupu dia ni marah sebab manjang ngadap hand phone je. So, dorang pon main ceper, main kejar-kejar, main guli, gaduh dan ketawa sama-sama. Bila dah sampai masa sepupu dia balik ke bandar. Diorang melambai bersama sama. Dan..baru dia alihkan songkok tu. nak tengok klik LINK ni. 

"SOMETIMES, THE BEST WAY TO CONNECT IS TO SWITCH OFF" 

Macam tu jugak aku masa kecil-kecil....main basikal, panjat pokok, tangkap ikan kt paya, lumba lari, bila terjatuh terasa bagaimana sakitnya. Tau siapa yang lagi kuat, batu ke lutut kita. Inilah yang dinamakan Pembelajaran Alam.

Dewasakini, (macam karangan SPM plak) dunia dipenuhi dengan teknologi dan bermacam jenis gajet gajet yang semakin canggih. Laman sosial yang bermacam jenis. Twitter, Facebook, Tumblr & etc.. Dan disebabkan inilah jurang antara kita dengan orang yang tersayang (suami/isteri, anak-anak, adik beradik, kawan-kawan) menjadi BESAR.

Bila balik kampung masing - masing pegang handphone dan menunduk.(._.)  Bila suruh makan..ok..tapi tak makan makan.Bila mintak tolong, jawapan paling familiar, "JAP" . Bila orang tua berbual dengan kita, kita jawab acuh tak acuk sahaja. Apalah agaknya perasaan bila kita berbual dengan seseorang tapi jawab macam tu? Macam bercakap dengan ikan/kucing je kan? (dengan kucing, kadang-kadang ada jugak respond, meeoowww....)atau lagi teruk macam cakap dengan dinding je.. *sedihnya... (/_;)

Apakata mulai sekarang...balik keje ni....balik kampung nanti ke..hari ni..bukan esok, kita matikan internet. Gunakan masa yang sangat berharga dengan orang tersayang. Pergi tanam pokok sama-sama, berbual sama-sama, tolong masak sama sama kt dapur dengan Umi, pergi main kejar-kejar dengan adik-adik.ヽ(´ー`)┌ ¯\_(ツ)_/¯

Tapi kalau kita nak ubah orang lain...ada syaratnya. Kita kena pastikan...diri kita dulu dah berubah. Jangan jadi macam ketam ajar anak dia berjalan. Betulkan bayang bayang kita dulu. kang nanti orang cakap...''eleh....nak suruh orang..., tapi dia buat. Acaner tu? ''

Bukan tak boleh langsung guna internet..boleh. Tapi hadkan masa, disiplinkan diri, jangan sampai balik rumah/ kampung, takde masa untuk kemas rumah, lipat baju, tak de masa untuk orang-orang disekeliling kita.  Sesungguhnya masa itu emas, hargailah sebelum harga emas naik mendadak.(heee, ada kena mengena ke..? lol)



Comments

Popular posts from this blog

Ganglion.

Esberitox N

Keluar Duit Tabung Haji guna Kad ATM.