jangan la marah anak macam tu sekali...

Aku ada sekor kucing liar kt belakang rumah,kira bukan kucing aku la...tapi sebab aku selalu bagi dia makan, so aku pon letak la gelang kt leher dia. nak dijadikan cerita, tadi sampai rumah, dengar jiran belakang membebel,

jiran: ayam da bg...

aku :(bermonolog) alamak..meow aku ke..dia bagi makan?

jiran: ikan da bagi...daging da bagi...

aku: (monolog) uih..kenyang kucing aku...biasanya aku bg dia makan ikan bilis je..

jiran : ko nak makan apa lagi ni?

aku :(aksi)buka pintu nak panggil..meeooowww sini....(konon-konon nak selamatkan kucing aku dari kena marah jiran belakang)

jiran: tak kenyang ke mak bagi makan dik??

lepas tu dengar suara budak.

alamak...tak jadi aku buka pintu, ingatkan marah kucing..rupanya marah anak. urmmmm...nak je jawab..

kak, untung anak nak makan kak.., ada sstgh budak, tak nak makan langsung..lagi susah.

ke sebab aku belum ada rezeki ada anak lagi, so aku tak tau rasanya perasaan jiran aku tu kot bila anak asik mintak makan je...

Comments

Popular posts from this blog

Ganglion.

Esberitox N

Keluar Duit Tabung Haji guna Kad ATM.