#bloggertalk: kawan di media sosial


tertarik dengan tajuk #bloggertalk ni, sebab lama dah simpan, sekarang nak luahkan perasaan pasal kawan di media sosial. 

jujur aku katakan aku tidak mempunyai bff sehidup semati, tapi aku ada sahabat dari dalam perut yang cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit. kawan di media sosial pun, ramai dari kalangan rakan sekerja, satu kolej, satu sekolah, blogger dan keluarga.

so nak dijadikan cerita, adalah sorang akak ni add aku kt media sosial terkenal, Facebook. aku sendiri tak tau macamana dia boleh jumpa fb aku, sedangkan dia tak tau nama sebenar aku, ( sebab masa berkenalan dgn dia kt luar, aku bg nama kampung je) dan dia bukan dari golongan yang aku nyatakan diatas.

jujur lagi aku katakan, aku tak berapa berkenan dengan akak tu, kenapa? kau bayangkan, 

>kau up gambar penuh ,dah tulis caption berjalan bersama suami (contohnya) menghabiskan hujung minggu di alamanda (contohnya). dia komen tanya, eh, kt mana ni? jalan dengan siapa
 tu? 😭

>kau up status, mak ayah demam, risaunya. dia komen , siapa yang demam ? 😶

dan banyak lagi soalan-soalan kurang bijak dia tu. pernah dah remove dia dari fb, dia add balik, haruskah aku remove dia lagi?? 

tu la, bukan nak cakap apa, yang baca blog ni pastinya seorang yang rajin membaca kan, kalau pergi klinik ke spital ke, habis semua nota tertampal kt dinding dibaca, kan? perlu ke aku reply komen dia "membaca amalan mulia"? atau "kak, simpan-simpan lah sikit 'kurang bijak' kau tu, jangan tunjuk semua" 

tekanan!!!
tekanan!!!

Comments

Itu namanya curious tak bertempat. Haha
Hahahaha. Ada2 jugak jenis macam ni. Kadang2 soalan tak kena tempat pon ada. Then komen something yang menyakitkan hati. Hahahaha ni kalau remove add balik ni macam dia takde kerja nak kacau orang. Sabar ye. Hehehe 😄😄
Papaglamz said…
Wah.. Sampai cmtu sekali? Scarynyer.. Senyum2. Jgn stress2.. Hehe
its me said…
Kena cari apa yang istimewa dalam diri tu sebab smpau de yg snggup mengurangkan bijak diri dorg semata2 nak dekat...jz thnk and be +ve and spread the aura...salam perkenalan
Fina Sophie said…
baik. ini cerita tentang stalker di media sosial hehehe

Popular posts from this blog

Ganglion.

Keluar Duit Tabung Haji guna Kad ATM.

Esberitox N