Panduan tempahan photobook


Salam Alaik, 

Merujuk post sebelum ni, photobook ni adalah penzahiran kepada gambar-gambar digital yang telah kita capture sebagai kenangan terindah. 

So hari ni saya rasa terajin pula nak ajar cara-cara. Ye la hari tu saya baru je buat, ramai pulak yang tanya. 

Ok firstly, cari dulu kat Groupon, promosi photobook. Kalau ada rezeki korang, boleh dapat pada harga RM0.00! Saya pernah dapat RM6. 

Untuk gambar ni, promosi dah habis pun... setiap promosi ada tarikh yang telah ditetapkan untuk redemption. Kadang-kadang sampai 8 bulan. Macam baru-baru ni sy dah plan nak holiday bulan 3, dalam bulan januari dah beli dulu kupon pada harga RM6! 



Ok lepas dah beli kupon tu, korang buka laman web photobook, dan sign up sebagai ahli dulu. free je pun! Lepas tu boleh aktikan kupon ni. Isi je data yang dia nak mcm gambar kt atas ni. 

Dah dapt gambar yang korang nak abadikan kedalam bentuk buku tu, boleh la mulakan projek anda. Nak mulakan projek, kena baca details dekat groupon tu, produk specifications and features. 
perhatikan 
-size album 6x6 ke, 8x6 ke dan sebagainya
-bilangan muka surat.
-jenis kertas yang digunakan, berapa gram. 
-book type soft cover. 

contoh korang ambil yg RM6, biasanya itu untuk 6x6 softcover 40 pages. 

So boleh la start design online ye. upload gambar dalam pangkalan data siap2, dan mula susun gambar. nak tulis pape kt gambar, puisi ke, pantun 2 kerat ke, boleh. yang penting 40 muka surat. 1 pge nak berapa keping gambar pon tak kisah, ikut la design template yang nak. 



tengah-tengah susun-susun gambar tiba-tiba tak de idea ke, tak cukup gambar ke, boleh save dulu, sambung esok lusa. Bila dah siap semua, boleh la submit dengan dorang. 

oh ye, korang akan dikenakan caj penghantaran je. caj bergantung kepada size photobook kita juga. 


lepas submit tu, tak lama nanti sampai la ke tangan korang album tu. 






Dah siap dapat album tu nanti, jangan lupa share dekat instagram dengan hashtag #photobookww #Pbcreative dan tag sekali +Photobook Worldwide @photobookww

Selamat mencuba! 





Comments

Popular posts from this blog

Ganglion.

Esberitox N

Keluar Duit Tabung Haji guna Kad ATM.