Aktiviti mencurigakan.

Hari sabtu minggu lepas ikut pergi Billion Pontian.  jalan pegang adik umur 7tahun, dan abang ipar dukung anak dia. Kami pergi DIY. kebetulan escalator rosak. Jalan je la kan, sampai atas, aku perasan ada sorg lelaki berkulit gelap dgn tubuh agak sasa memerhatikan kami sambil bermain hp. Fikirkan dia tgh tnggu wife dia shopping kt butik tepi tu.. so buat tak tau je la kan. 

Turun dari DIY dlm lepas setengah jam, ikut laluan yang sama, lelaki tu ada lagi situ. Sambil memerhatikan aku dan adik yg cuba guna penimbang berat badan 20sen. Malangnya rosak. masa tu mamat tu dah cuba mendekati adik aku. Terus pegang tangan adik ajak dia turun ikut escalator laluan sebelah kiri. 

Sampai kt bawah, tiba-tiba ada sorg lagi lelaki berseluar jeans pendek berkulit cerah n berjerawat(aku syak dia ni partner mamat tadi tu) sambil berpura2 telefon padahal dari telefon dia boleh dengar lagu cuba mendekati adik(dekat sangat sebab boleh dengar lagu kt telefon dia). Curiga dengan pergerakan 2 lelaki ni, terus pegang tgn adik kuat2 ajak dia naik atas semula, sebab akak n abg ipar ada kt atas lagi. 

Sampi kt atas tengok lelaki yg kulit gelap tubuh sasa tadi da ada kt sebelah kiri escalator plak, masa yg sama abg ipar yg tgh dukung anak keluar dari butik dan nampak dia mengekori abg ipar pula. Cepat2 panggil abg ipar supaya dia perasan kehadiran lelaki tu. 

Mata aku plak tak lepas dari mengekori pergerakan lelaki tu yang terus menghilangkan diri entah kemana. Masuk dalam kereta terus story dengan  dorg semua. Rupanya abg ipar pun perasan lelaki tu mcm cuba nak rampas anak buah aku. 

Ada baik juga aku ni jenis suka memerhatikan orang. Aku syak mereka ni nak culik budak kecil. Ye... 

Bukan nak melabel lelaki berkulit gelap dgn tubuh sasa sebagai jahat, tapi kalau korg kt tempat aku time tu, mesti akan rasa benda yang sama. Berhati-hati lah kalau bawa anak/ budak kecil kalau pergi mana2 pasaraya pon. Aktiviti ni tengah rancak sekarang kan? 

Comments

Julie22 said…
Terima kasih atas peringatan ini...
Anonymous said…
Opiebamad dan jiabamad adik beradik ke?
Unknown said…
takut pulak nak pergi billion pontian lepas ni. kena berati-hati la nampaknya lepas ni.

Popular posts from this blog

Ganglion.

Esberitox N

SEGMEN : BLOGGER IKUT NEGERI ..